La Dolce Cha

La Dolce Cha

Wednesday 12 February 2014

PERSEDIAAN BERSALIN

Assalamualaikum...

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menulis...dah lama sangat tak mengupdate blogku ini... malas teramat sgt..hehe.. dulu pon aku buat 1 post je...haha...dah tahun 2014.. aku pon dah kawen & dah mempunyai seorang putera , Muhammad Haziq Aryan bin Muhammad Hafiz.. esok dah nak masuk 4 bulan pon die.





Kali ni nak tulis pasal checklist persediaan nak bersalin ... huhu.. masa aku dulu semua benda aku google pasal nak bersalin ni.. ade yang macam tu ade yang macamni... so dah ade pengalaman aku nk share dengan sume checklist yang complete.


Before kandungan 3 bulan pleeaseeee pergi clinic buat  BUKU MERAH ... & IC bawak kemana sahaja... especially dah nak sampai masa.. memang le buku tu besar tp incase jadi apa2 senang...


Masa kandungan 7 bulan aku dah prepare memacam especially barang nak masuk wad & labour room... apa2 senang terus zappp je ambik..... untuk ke hospital aku sediakan 2 beg + beg kain kecik untuk bawak dalam labour room (letak dalam beg baby je).



Macam ni la beg Haziq... beg ni barang untuk dekat WAD ... Aku duduk wad sehari je tapi prepare lebih .. mane tau kena dok lame ke + baby muntah
  1. Baju + seluar baby lengan panjang 10
  2. Mitten & Booties 5
  3. Pampers 10 keping
  4. Towel
  5. Barut 5 helai 
  6. Sapu tangan 5
  7. Lampin 2
  8. Bedung / Blanket 
  9. Topi
  10. Tisu basah 
  11. Set mandian yang kecik
  12. Minyak telon / minyak gamat
  13. Bantal newborn
  14. Yasin
Beg kain cenggini aku letak barang untuk bawak kat LABOUR ROOM.. kecik je x yah besar2 
  1. Pampers 1
  2. Baju & Seluar newborn lengan panjang 1
  3. Mitten & Booties 1
  4. Barut 1
  5. Bedung / Blanket
  6. Seluar dalam/disposal panties 1
  7. Maternity pad 1

Beg MAMA
  1. Buku Merah
  2. Kad pengenalan
  3. Air selusuh
  4. Selipar
  5. Mandian(set kecik).. pakai baby punye pon x pe
  6. Berus gigi/ubat gigi
  7. Pencuci muka
  8. Deodoran
  9. Towel
  10. Seluar dalam (bawak lebih sikit)/Disposal pad
  11. Maternity pad (loop) 1 pack
  12. Pad biasa 1 pack
  13. Nursing bra/bra biasa 2
  14. Breast pad 3
  15. T-shirt 3
  16. Sweater 
  17. Kain batik 2 / skirt (masa nak keluar)
  18. Tudung/shawl
  19. Stoking 2
  20. Tisu
  21. Beg plastik
  22. * Mineral water
  23. * Termos
  24. * Biskut / Roti
  25. * Milo 3 in 1
  26. * Cawan / Pinggan
  27. * Sudu
* Nanti suruh hubby / family bawak pon x pe


Semoga semua bakal2 ibu selamat melahirkan. Amiiinnnn

P/s;  kalo ada doktor praktikal nak pinjam baby, x payah bagi habis digodeknya berjam2.. 

Nak baju macam Haziq? LIKE page kat bawah ni <3










Saturday 25 February 2012

All About La Dolce Cha Enterprise

Assalamualaikum semua ... akhirnye setelah sekian lama barulah saya nak menjinak-jinakkan diri dalam Blogger ni, slame ni jadi silent reader jew..hehe..
Semua boley panggil saya Cha, founder La Dolce Cha Enterprise (002102286-W) di mana Cha membuat coklat,kek dan lain-lain lagi yang ade kaitan dengan makanan la secara handmade.

Kawan ketawa kat mana2 pon boley jumpe tp kawan menangis susah nk cari. 
This is Hafiz. My Bestfriend, My Soul, My Heart and My Everythinglah.
Dia lah kawan ketawa dan menangis dari Cha sekolah sampailah sekarang,
Dia jugaklah yg membantu semuanya, selain dari family Cha, dari awal pembuatan handmade
 coklat Cha sampailah tertubuhnya 
La Dolce Cha Enterprise.
Terima kasih Hafiz!! <3



COKLAT <3 COKLAT <3 COKLAT <3 COKLAT <3 COKLAT <3 COKLAT <3 COKLAT 

2pcs cavity box as gift untuk wedding. Customer order sebanyak 1500pcs.
 Freegift 1 kotak 35pcs praline box untuk hantaran. 
Terima Kasih.

Ni order dari sepupu Hafiz. Salah sorang regular customer Cha,
 Custom order. 18pcs Oreo E.I (own photo).
Thanks Nana.


Custom order jgk. Tapi ni Cha saje2 wat..hehe. Masa ni birthday Cha dengan along Cha. 
Cha 1 Januari, kakak Cha 10 Januari so ktorang pon sekalikan je la..
 x de sape dapat makan sebab along cha x bg sebb die nak bawak balik.. haha memg favourite die.
Happy Birthday Along!!

Cha buatkan hantaran untuk pertunangan kawan cha, Ned dan Haiqel.
Custom order ( 12pcs oreo + 5pcs praline) ++ decoration dekat box.
Semoga bahagia & terima kasih.